E-Kelas Live Tutorial (Sains) Penggal 1

10 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Maxis telah melancarkan program portal e-Kelas iaitu pendidikan secara digital dan percuma di beberapa tempat terpilih Pusat Internet di seluruh Malaysia. eKelas sebelum ini khas untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Untuk sesi 2019, pembelajaran e-Kelas turut disertai pelajar Tahun 6, Tingkatan 4 dan 5. Matapelajaran yang diajar termasuklah English, Matematik dan Sains.

Kebaikan yang boleh diperolehi adalah murid boleh menguasai matapelajaran yang diajar secara percuma tanpa ada pengecualian. Selain itu, boleh membantu murid untuk meningkatkan pencapaian akademik. Juga membolehkan murid menguasai teknik – teknik lain selain dari pelajaran asas yang diajar di sekolah. Pelajar yang kurang mampu untuk membayar kelas tusyen di luar berpeluang untuk menyertai e-kelas ini.

Kelas akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu dan hanya satu jam untuk setiap matapelajaran. Seramai 7 orang pelajar yang mengikuti e-Kelas terdiri daripada pelajar tahun 6. Modul Pengajaran dan Pembelajaran e-Kelas adalah subjek Sains selama satu jam bersama pelajar tahun 6 Sk. Grogo. Dalam pembelajaran kali ini pelajar belajar mengenai planet-planet di alam semesta.

Antara aktiviti-aktiviti lain modul kali ini adalah, pelajar diberi tajuk iaitu “Membina 8 planet dan paksinya”. Pelajar diberikan kertas A4 dan pen berwarna untuk melakar paksi dan planet. Pelajar juga perlu menggunakan platesin untuk membentuk planet mengikut kreativiti pelajar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali